Saturday 21 May 2011

ibuku...

ibuku,
bernama che faridah binti che awang,
merupakan anak ke 6 dari 7 orang adik beradik,
dilahirkan pada 26 mei 1968,

ibuku,
ibu yang tabah,
ibu yang teramat sabar dengan karenah anak-anak,
menjaga anak-anak dengan teramat baik,
memberi layanan kepada ayah dan anak-anak,
memasak untuk membolehkan ahli keluarga kenyang,

ibuku,
merupakan seorang yang amat aku kagumi,
walaupun dia sedang mederita kesakitan,
dia masih boleh tersenyum dan melayan anak-anak dan ayahku,

ibuku,
merupakan tukang masak dan pencantik rumah yang terbaik bagi ku,
tidak kira masa,
dia akan tetap memasak makanan untuk memberi makan kepada ahli keluarga,
selalu membuat resepi baru,
selalu memasak makanan kegemaran anak-anak,
selalu mengemas rumah tidak kira waktu.

ibuku,
suka berkata-kata setiap masa,
jika tidak biasa,
akan pedih telinga dengan kata-kata dr ibuku,
tetapi,
kata-katanya bukan bermaksud untuk menjatuhkan,
tetapi,
dia hanya memberi nasihat,
pemberi nasihat terbaik pernah wujud dalam hidup ku.

ibuku,
seorang ibu yang amat disegani oleh adik beradiknya,
dia merupakan ketua memasak jika keluarga berkumpul,
dia akan mengarah dan menolong untuk menyediakan juadah makanan untuk keluarga,
dia ibarat nenek no 2,
klu dilihat dengan lebih dekat,
memang serupa dengan nenek,
suka membebel,
menegur,
tetapi,
bukan niat nya untuk memalukan,
tetapi sebagai nasihat dan menyedarkan tentang sesuatu,

ibuku,
insan teristimewa dalam hidupku,
tiada lagi perempuan lain yang dapat menandingi sayang ku kepada ibu,
dia tetap no 1 bagi hidupku,
aku teramat sayang pada ibuku,
akan ku kenang jasa dan pengorbanan ibu hingga akhir hayatku...

keluargaku...

keluargaku...

keluarga ali sabri,
jikalau di daerah setiu dan sekitar kawasan kg ku,
ramai yang mengetahui bagaimana keluarga ini,
ramai tahu bagaimana kisah bermulanya keluarga ini,

kisah dari keluarga ibuku,

ibuku,
cik faridah binti che awang,
anak ke 6 dari 7 orang adik beradik,
merupakan anak kepada che awang mamat dan halimah awang,
che awang adalah imam besar di masjid lama di kampungku,
ramai orang mengenalinya dan memangil datuk ku sebagai ayah ngoh,
mereka membesarkan ibuku sehingga berumur 18 tahun,
dan ibuku terus mengahwini ayahku.

kisah dari ayahku,

ayahku,
ali sabri bin hj hassan,
anak ketiga dari 8 orang adik beradik,
merupakan anak kepada haji hassan bin latif dan siti mariam,
haji hassan merupakan imam besar di masjid utama kampuangku,
tetapi umur haji hassan tidak panjang,
dia pergi selamanya semasa umurku 17 tahun,
tetapi mereka membesarkan ayahku sehingga ayahku berumur 21 tahun,
ayahku berkahwin dengan ibuku.

ayahku,
merupakan seorang ustad yang bekerja di pejabat yayasan islam negeri terengganu,
seorang yang bermula dari bawah,
dan akhirnya kini menjadi pegawai di daerah setiu,
semasa ayahku bertugas di pejabat yayasan islam negeri terengganu,
dia sering ditukar tempat kerja,
sehinggalah pada tahun 2009,
dia terus kekal di setiu dengan pangkat pegawai yayasan islam daerah,

ibuku,
seorang peneman setia kepada ayahku,
sering menemani ayahku ketika ayahku berpindah tempat kerja,
dia selalu membawa ku dan adik ketiga ku untuk tinggal bersama,
adik kedua ku diletak di rumah nenek sebelah ayahku,
tetapi,
selepas kelahiran adikku yang keempat dan kelima,
ibuku terus tinggal di kampungku kerana lebih dekat dengan keluarga,

keluargaku ini amat dikenali oleh ramai orang di daerah setiu,
kalau tidak kerana pangkat ayahku,
ianya mesti berpunca dari nama datukku,
ramai yang mengenali mereka,
tidak kiralah,
haji hassan atau che awang,
kedua-duanya yang membuat ramai yang mengenali keluargaku.

keluarga ku penuh suka dan duka,
kerana ahli keluarga tinggal berdekatan,
mereka sering berkumpul dan bergelak ketawa,
tidak kiralah ada isu apa-apa atau tidak,
mereka pastinya ketawa,
keluarga merupakan keluarga yang gembira selalu,
tidak kira ada kesusahan atau tidak,
mereka pasti tersenyum dan ketawa,

keluargaku ibarat sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan,
tidak kira masa,
pasti semua orang akan ketawa,
klu tidak dengan lawak ayahku,
pasti dengan lawak sepupu kecil ku epi,
tidak pon mereka akan ketawa dengan adanya isu panas,
aku gembira berada di dalam keluarga ini,
jika aku berada di rumah,
aku pasti akan selalu tergelak dan ketawa,
makcikku, pakcikku, nenekku, ayahku, ibuku, adik beradikku, sepupu-sepupu ku,
semunya amat kelakar,
semua pasti akan bergelak ketawa jika kami berkumpul bersama,
pasti ada isu dan dikeluarkan,
dan mereka pasti bergelak ketawa sehingga keluar air mata.

aku merasa sangat bahagia dengan adanya keluargaku ini,
mereka membuat aku rasa hidup dan membuatkan aku gembira selalu,
terima kasih semua yang ada dalam keluarga ku...
aku amat sayang pada kamu semua....

kisah ku dan ayahku..

aku,
berusia 23 tahun,
aku merupakan anak sulung dalam keluarga,
amat degil,
selalu melawan cakap ayahku,
selalu tidak mengendahkan apa yang keluargaku katakan padaku,
aku ego,
aku degil,
dan aku teramat nakal,

aku pernah bergaduh dengan ayahku,
memarahi ku kerana rokok,
dia amat bengang denganku,
sampai satu masa,
masa umur ku 16 tahun,
ayah mengetahui aku menghisap rokok,
ayah mamarahi ku,
aku diam,
tetapi makin lama aku menjadi panas,
aku mula menengking ayah ku,
keadaan menjadi semakin panas,
kami bergaduh,
dengan tidak sengaja ayah mengambil sebatang kayu dan memukul kepala ku,
aku rebah,
tidak terkata,
darah bercucuran menitis ke baju ku,
baju yang putih menjadi merah,
ayah terkedu,
dia segera datang dekat denganku dan meletak sapu tangan di kepala ku untuk menahan darah,
selepas itu,
dia membawa ku ke klinik untuk menerima rawatan,
selepas itu,
selama seminggu dia menjaga aku di rumah,
meletakkan ubat di kepala dan memberi ubat untuk aku makan,
sungguh besar pengorbanan ayahku,
bukan sebab rokok ayah memarahiku,
disebabkan aku amat degil dan tidak mendengar nasihat dari ibu dan ayahku.


kini,
setelah berusia 23 tahun,
baru aku benar-benar tahu pengorbanan ayahku,
aku baru sedar pengorbanan ayahku terhadapku,
amat besar jasanya kepada ku,
tidak kenal getir dan payah dalam membesarkan aku,
sering menasihat dan menolongku ketika aku kesusahan...
aku amat bangga mendapat ayah seperti ayahku,
aku amat sayang ayahku...
terima kasih ayah kerana mendidik ku menjadi insan yang berguna...
aku sayang ayah buat selamanya...

aku akan cuba membalas jasa ayah yang banyak dan terhingga itu...

hari bahagia ayahanda ku...

Ayah,
merupakan satu ungkapan yang mudah,
tidak semudah tugas yang perlu di pikul,
menjadi ketua keluarga dan pendidik kepada anak-anak,

ALI SABRI BIN HJ HASSAN,
nama dan orang yang amat penting kepada hidupku,
yang banyak mengajarku erti hidup,
tidak kenal erti susah atau senang untuk membahagiakan keluarga,
merupakan seorang yang tegas dan dihormati oleh ramai orang.

ayahku,
merupakan seorang yang tegas dalam keluarga,
tetapi dalam ketegasannya,
dia selalu menghiburkan ahli keluargaku,
dia seorang yang selalu menasihatku dan menjagaku dengan baik,
dia seorang yang tabah walaupun dia mempunyai masalah,
dia sentiasa ceria walaupun dia mempunyai banyak tugas,
dia amat setia pada ibu,
menjaga ibuku dikala ibuku sakit,
selalu membuat keluargaku gembira selalu,
aku amat sayang pada ayahku,

22 hb april merupakan hari bahagia pada ayahku,
hari dimana dia dilahirkan oleh nenekku,
pada hari ini dia berusia 46 tahun.

ayahku,
orang yang sabar dengan karenah anak-anak,
orang yang selalu memberi nasihat kepada anak-anak,
garang kerana tidak mahu nak-anaknya menjadi seperti orang yang tidak berguna,
dia memukul anak-anaknya bukan kerana benci,
tetapi teramat sayang kepada anaknya,
dia penat dengan kerja,
mencari sesuap nasi untuk membesarkan keluarga,
bekerja keras untuk menyara keluarga,
tetapi dia tidak pernah mengeluh kepada anaknya kerana dia pikir itu tanggungjawabnya,
besar pengorbanannya terhadap keluargaku,
aku amat sayang pada ayah...

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

kisah di tempat baru

manusia...
tidak pernah lari dari masalah,
sebagai manusia kita harus menerima dan pandai mengurus masalah itu,

tp aku,
setiap kali masalah timbul,
aku akan buntu,
aku tidak tahu untuk menyelesaikn,
aku menjadi bingung dan memendamkan diri,
lari dari masalah itu,
tetapi sampai bila,
masalah itu tidak akan selesai,

tapi suatu malam,
keluarga aku di sini telah menyedarkan aku,
mereka menasihatkan aku,
mencari punca masalah,
dan memberi pendapat,

selepas malam itu,
aku berfikir dan terus berfikir,
amat betul apa yang mereka katakan,
aku cuba untuk membuat apa yang mereka kata,
akhirnya,
aku merasa lega dan gembira semula,

aku amat berterima kasih kepada keluarga baru ku ini,
banyak menolong,
memberi semangat,
dan menegur silap ku,
aku tidak tahu bagai mana hendak membalas jasa mereka terhadap ku,

kini,
aku gembira hidup bersama mereka,
aku amat berterima kasih kerana dapat mengubah ku,

terima kasih:
syahridzwan, mustakim, aimi, afiq, aki, huzlan, a an.
jasa mu akan ku kenang sampai aku mati...