Saturday 21 May 2011

hari bahagia ayahanda ku...

Ayah,
merupakan satu ungkapan yang mudah,
tidak semudah tugas yang perlu di pikul,
menjadi ketua keluarga dan pendidik kepada anak-anak,

ALI SABRI BIN HJ HASSAN,
nama dan orang yang amat penting kepada hidupku,
yang banyak mengajarku erti hidup,
tidak kenal erti susah atau senang untuk membahagiakan keluarga,
merupakan seorang yang tegas dan dihormati oleh ramai orang.

ayahku,
merupakan seorang yang tegas dalam keluarga,
tetapi dalam ketegasannya,
dia selalu menghiburkan ahli keluargaku,
dia seorang yang selalu menasihatku dan menjagaku dengan baik,
dia seorang yang tabah walaupun dia mempunyai masalah,
dia sentiasa ceria walaupun dia mempunyai banyak tugas,
dia amat setia pada ibu,
menjaga ibuku dikala ibuku sakit,
selalu membuat keluargaku gembira selalu,
aku amat sayang pada ayahku,

22 hb april merupakan hari bahagia pada ayahku,
hari dimana dia dilahirkan oleh nenekku,
pada hari ini dia berusia 46 tahun.

ayahku,
orang yang sabar dengan karenah anak-anak,
orang yang selalu memberi nasihat kepada anak-anak,
garang kerana tidak mahu nak-anaknya menjadi seperti orang yang tidak berguna,
dia memukul anak-anaknya bukan kerana benci,
tetapi teramat sayang kepada anaknya,
dia penat dengan kerja,
mencari sesuap nasi untuk membesarkan keluarga,
bekerja keras untuk menyara keluarga,
tetapi dia tidak pernah mengeluh kepada anaknya kerana dia pikir itu tanggungjawabnya,
besar pengorbanannya terhadap keluargaku,
aku amat sayang pada ayah...

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

No comments:

Post a Comment