Saturday 21 May 2011

kisah ku dan ayahku..

aku,
berusia 23 tahun,
aku merupakan anak sulung dalam keluarga,
amat degil,
selalu melawan cakap ayahku,
selalu tidak mengendahkan apa yang keluargaku katakan padaku,
aku ego,
aku degil,
dan aku teramat nakal,

aku pernah bergaduh dengan ayahku,
memarahi ku kerana rokok,
dia amat bengang denganku,
sampai satu masa,
masa umur ku 16 tahun,
ayah mengetahui aku menghisap rokok,
ayah mamarahi ku,
aku diam,
tetapi makin lama aku menjadi panas,
aku mula menengking ayah ku,
keadaan menjadi semakin panas,
kami bergaduh,
dengan tidak sengaja ayah mengambil sebatang kayu dan memukul kepala ku,
aku rebah,
tidak terkata,
darah bercucuran menitis ke baju ku,
baju yang putih menjadi merah,
ayah terkedu,
dia segera datang dekat denganku dan meletak sapu tangan di kepala ku untuk menahan darah,
selepas itu,
dia membawa ku ke klinik untuk menerima rawatan,
selepas itu,
selama seminggu dia menjaga aku di rumah,
meletakkan ubat di kepala dan memberi ubat untuk aku makan,
sungguh besar pengorbanan ayahku,
bukan sebab rokok ayah memarahiku,
disebabkan aku amat degil dan tidak mendengar nasihat dari ibu dan ayahku.


kini,
setelah berusia 23 tahun,
baru aku benar-benar tahu pengorbanan ayahku,
aku baru sedar pengorbanan ayahku terhadapku,
amat besar jasanya kepada ku,
tidak kenal getir dan payah dalam membesarkan aku,
sering menasihat dan menolongku ketika aku kesusahan...
aku amat bangga mendapat ayah seperti ayahku,
aku amat sayang ayahku...
terima kasih ayah kerana mendidik ku menjadi insan yang berguna...
aku sayang ayah buat selamanya...

aku akan cuba membalas jasa ayah yang banyak dan terhingga itu...

No comments:

Post a Comment