Saturday 21 May 2011

keluargaku...

keluargaku...

keluarga ali sabri,
jikalau di daerah setiu dan sekitar kawasan kg ku,
ramai yang mengetahui bagaimana keluarga ini,
ramai tahu bagaimana kisah bermulanya keluarga ini,

kisah dari keluarga ibuku,

ibuku,
cik faridah binti che awang,
anak ke 6 dari 7 orang adik beradik,
merupakan anak kepada che awang mamat dan halimah awang,
che awang adalah imam besar di masjid lama di kampungku,
ramai orang mengenalinya dan memangil datuk ku sebagai ayah ngoh,
mereka membesarkan ibuku sehingga berumur 18 tahun,
dan ibuku terus mengahwini ayahku.

kisah dari ayahku,

ayahku,
ali sabri bin hj hassan,
anak ketiga dari 8 orang adik beradik,
merupakan anak kepada haji hassan bin latif dan siti mariam,
haji hassan merupakan imam besar di masjid utama kampuangku,
tetapi umur haji hassan tidak panjang,
dia pergi selamanya semasa umurku 17 tahun,
tetapi mereka membesarkan ayahku sehingga ayahku berumur 21 tahun,
ayahku berkahwin dengan ibuku.

ayahku,
merupakan seorang ustad yang bekerja di pejabat yayasan islam negeri terengganu,
seorang yang bermula dari bawah,
dan akhirnya kini menjadi pegawai di daerah setiu,
semasa ayahku bertugas di pejabat yayasan islam negeri terengganu,
dia sering ditukar tempat kerja,
sehinggalah pada tahun 2009,
dia terus kekal di setiu dengan pangkat pegawai yayasan islam daerah,

ibuku,
seorang peneman setia kepada ayahku,
sering menemani ayahku ketika ayahku berpindah tempat kerja,
dia selalu membawa ku dan adik ketiga ku untuk tinggal bersama,
adik kedua ku diletak di rumah nenek sebelah ayahku,
tetapi,
selepas kelahiran adikku yang keempat dan kelima,
ibuku terus tinggal di kampungku kerana lebih dekat dengan keluarga,

keluargaku ini amat dikenali oleh ramai orang di daerah setiu,
kalau tidak kerana pangkat ayahku,
ianya mesti berpunca dari nama datukku,
ramai yang mengenali mereka,
tidak kiralah,
haji hassan atau che awang,
kedua-duanya yang membuat ramai yang mengenali keluargaku.

keluarga ku penuh suka dan duka,
kerana ahli keluarga tinggal berdekatan,
mereka sering berkumpul dan bergelak ketawa,
tidak kiralah ada isu apa-apa atau tidak,
mereka pastinya ketawa,
keluarga merupakan keluarga yang gembira selalu,
tidak kira ada kesusahan atau tidak,
mereka pasti tersenyum dan ketawa,

keluargaku ibarat sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan,
tidak kira masa,
pasti semua orang akan ketawa,
klu tidak dengan lawak ayahku,
pasti dengan lawak sepupu kecil ku epi,
tidak pon mereka akan ketawa dengan adanya isu panas,
aku gembira berada di dalam keluarga ini,
jika aku berada di rumah,
aku pasti akan selalu tergelak dan ketawa,
makcikku, pakcikku, nenekku, ayahku, ibuku, adik beradikku, sepupu-sepupu ku,
semunya amat kelakar,
semua pasti akan bergelak ketawa jika kami berkumpul bersama,
pasti ada isu dan dikeluarkan,
dan mereka pasti bergelak ketawa sehingga keluar air mata.

aku merasa sangat bahagia dengan adanya keluargaku ini,
mereka membuat aku rasa hidup dan membuatkan aku gembira selalu,
terima kasih semua yang ada dalam keluarga ku...
aku amat sayang pada kamu semua....

No comments:

Post a Comment